Search This Blog

Sunday 5 February 2012

pemilihan pemain import kedah yang terbaik..



Skuad Liga Super Kedah 2 - 0 Skuad Piala Presiden Kedah.

Itu adalah keputusan perlawanan persahabatan adik abang bagi menguji beberapa lagi pemain import yg bakal menyarung jersi skuad hijaukuning bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super 2012. Permainan hari ini tidak begitu teruji dan agak hambar mungkin kerana sekadar permainan pemanas badan dan mencari keserasian sebelum berhadapan skuad Kuala Lumpur di Melaka. Rata-rata permainan berlegar di tengah padang dan yang mencuri tumpuan adalah aksi Safi Abdelfatah yg sesekali menunjukkan kemahiran ala zidane dengan berjaya menggelecek beberapa pemain sebelum membuka permainan kepada rakan yg lain.



Kelihatan juga 2 awang import baru selain Philemon Chipeta yg turut diberi peluang oleh barisan kejurulatihan dalam kesebelasan utama. Adrigo dari Brazil dan Hamidan Mohamed dari Ghana. Malang buat Adrigo yg hanya dapat bermain 20 minit pertama sahaja kerana mengalami kecederaan paha manakala Hamidan mencuri tumpuan peminat2 hijaukuning dengan aksi bertenaga dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-20. Sujud syukur selepas jaringan adalah satu tafsiran terima kasih beliau ketika itu. Chipeta juga tidak ketinggalan menjaringkan satu tandukan gol di separuh masa kedua dengan satu tindakan hasil 'challenge' beliau 1 to 1 dengan penjaga gol skuad simpanan Kedah.

Paling menarik perhatian HKC adalah sambutan peminat hijaukuning yg memenuhi kawasan Grandstand penonton. Kira2 kehadiran yg mencecah 5000 orang adalah amat membanggakan. Terima kasih semua peminat hijaukuning. Semoga pasukan Kedah meneruskan rentak kemenangan dan tidak menoleh kebelakang lagi.

Antara aksi-aksi oleh Khyril Muhymeen dalam perlawanan persahabatan petang tadi. Dari peminat untuk peminat .... untuk koleksi eksklusif, arkib dan simpanan peminat-peminat hijaukuning semua...PULUN KEDAH PULUN!!!
 

No comments:

Post a Comment