Search This Blog

Thursday 31 March 2011

anda rakyat malaysia?cuba anda fikirkan.....megenai kisah ini...pelik.. tapi benar..



     Bila Jais nak tangkap dato' T?

Pengakuan "Datuk T" dalam penyebaran video lucah sungguh mengejutkan. Bukan terkejut kerana "Datuk T" yang dianggotai Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, tetapi terkejut kerana sehingga ke hari ini masih tiada tangkapan dan dakwaan terhadap mereka bertiga.

Di sekolah dulu, jika memiliki video lucah, tidak kiralah siapa pelakonnya, tidak kiralah video berwarna atau tidak, tidak kira menonton atau memberi tonton, hukuman berat mesti dilaksanakan. Tapi kenapa Jais atau Polis masih tidak mendakwa dato T. Apa hanya cikgu disiplin dan pengawah je ke yg mampu menangkap orang yg memiliki video lucah ni?

Masih ingatkah penangkapan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jais?

Dr. Mohd Asri Zainal Abidin pernah ditangkap Jais kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Penangkapan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ialah sesudah beliau mmeberi ceramah di Taman Sri Ukay oleh pihak polis dan pegawai JAIS pada jam 12.15 tengah malam.

Penayangan video lucah berjalan dengan lancar.

Penayangan video lucah yang yang didalanagi Bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan sahabatnya telah berlalu tanpa tangkapan atau dakwaan oleh pihak polis atau Jais. Meraka bertiga yang mengelarkan diri sebagai Datuk T telah membuat tempahan di Carcosa Seri Negara dan menagajak beberapa wartawan untuk menonton video lucah. Dan hotel itu ditempah atas nama Risda di mana Rahim Thamby Chik adalah pengerusinya.

Kalau diperingkat sekolah ini, Rahim Thamby Chik diibarat seorang pengawas dan menggunakan bilik disipilin untuk see more http://jeminghassan.blogspot.com/2011/03/bila-jais-nak-tangkap-dato-t.html

Kepentingan Menjaga Solat








 

   hadith... Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. 
Huraian Hadith:
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.

UTUSAN kebumikan kenyataan HARUSANI bersama komen beliau berhubung fitnah video seks terhadap anwar ibrahim..

                                                                Tan Sri Harussani

                                        video seks, Utusan sembunyi kenyataan Mufti Perak

Patutlah tak ada dengar pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani berkenaan isu video seks yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sampaikan Presiden PAS, tuan Guru hadi Awang mengecam ulama-ulama di Malaysia sebagai syaitan bisu. Rupa-rupanya Akhbar penyebar fikiran rakyat (sebut PEROSAK FIKIRAN RAKYAT) Utusan Malaysia yang buat dajal. Kenyataan mufti Perak yang mengecam penayangan video seks tersebut disembunyikan oleh Utusan.[Msian Insider]



Kalau cerita baik tentang kerajaan daripada mulut Mufti, siang malam pagi petang keluar TV, radio, dan surat khabar. Tujuh hari tujuh malam tak berhenti diwar-warkan agar semua rakyat tahu cerita tentang kebaikkan kerajaan mendapat pujian daripada Mufti. Namun bila mufti mengecam penayangan video lucah, yang dilihat menguntungkan Pakatan Rakyat, sanggup Utusan menutup dan menyembunyikan kenyataannya.

ReJaM© "Akhbar pencacai perosak fikiran rakyat..."

source: http://milosuam.blogspot.com

Wednesday 30 March 2011

Nenek tujuh cucu dihukum gantung edar dadah..

Seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 92.68 gram pada Ogos tahun 2009.

Tertuduh Mariah Hamadi, 59 dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Ogos 2009 pada jam kira-kira 3.45 petang di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat Kuala Terengganu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan penghujahan pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat yang berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah hasil keterangan saksi-saksi pendakwa.

Katanya, walaupun peguam bela cuba menimbulkan keraguan dengan mengatakan tertuduh hanya membawa barangan itu yang dikirim oleh seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isinya, namun mahkamah mendapati ia tidak benar.

Beliau berkata, tertuduh dalam keterangannya sebelum ini mengatakan dia bersama suami hendak pergi ke Kuala Berang untuk menziarah seorang saudara suami yang belum pernah dikenali, dan singgah di masjid berkenaan untuk memberikan barang yang dikirim oleh Ida itu.

"Tetapi adalah tidak munasabah tertuduh sanggup melalui jalan pantai dari Rantau Panjang ke Kuala Berang dan singgah ke masjid itu kerana hendak menyampaikan barang yang dikirim itu kerana jaraknya agak jauh," katanya.

Malah, katanya tertuduh kelihatan pucat dan menggigil ketika ditahan oleh polis di kawasan masjid itu menunjukkan tertuduh tahu tentang isi barangan yang dibawanya itu.

Sehubungan itu, mahkamah mendapati tertuduh yang diwakili oleh peguam Tara Singh Delip tidak berkata benar dalam keterangannya dan sehubungan itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru dan bertudung berwarna gelap, tunduk ketika hakim menjatuhkan hukuman itu dan dilihat sempat menoleh ke arah keluarganya yang berada di galeri awam.

- Bernama

Tuesday 29 March 2011

“Aku tak tergila nak tengok video tu”

haji mohamad bin sabu


KULIM, 29 Mac: "Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.

Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.

Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.

Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.

"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.

"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.

"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.

"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.

Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.

"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.

Sunday 27 March 2011

kematian yang pasti...



 satu cerita yang jarang-jarang orang nak bercerita, jarang-jarang diperbincangkan, almaklum ajelah cerita yang tak seronok. Sebagaimana tak seronoknya menghadiri majlis kematian suram muram dan hambar, tak dapat nak melaram dangan koleksi-koleksi fesyen berjenama terpaksa pulak memilih set-set selendang sekadar menutup sebahagian kepala. Ah... lecehnya, tak semacam majlis perkahwinan penuh ceria, riang ria gembira... melaram dengan pelbagai gaya paling kurangpun majlis rumah terbuka tak kurang juga hebatnya.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti, kalau dulu kita masih punya nenek mungkin hari ni mereka telahpun pergi.. kalau dulu kita masih punya seorang ibu tapi mungkin hari ni tiada lagi ya! semuanya akan beransur hilang dan pergi itulah hakikat yang pasti kita akan lalui di sepanjang perjalanan hidup ini.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti.. cerita pasti yang kita jarang hiraukan. Yang kita jarang rasakan mati itu hanya akan datang bila-bila sahaja dan lebih jarang lagi kita rasakan di sanalah kehidupan kita yang hakiki abadi. Apa yang kita rasakan, esok pasti akan datang untuk kita mengutip segala apa yang di depan mata untuk kita mengambil segala apa yang kita rasakan hak kita atau mungkin kita juga telah terambil hak orang lain.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti, hari ini kita bergembira ceria menyambut hari kelahiran kita mungkin yang ke 27, 29, atau yang entah ke berapa kali, tanpa pernah kita terpikir setiap tahun yang meningkat pasti akan menghampirkan kita pada kematian. Andai takdir hidup kita 60 tahun sahaja dan hari ini tika ini kita menyambut ulangtahun kita yang ke 40, ini bermakna kita berseronok gembira merayakan betapa kita hanya punya 20 tahun sahaja untuk menemui Allah. cukupkah untuk kita bersedia segalanya dengan hanya 20 tahun sahaja? dan itu andai benar telahan kita. Bersediakah kita andai esok atau lusa sahaja? tepuk dada tanya pada Iman.

Cerita MATI Yang Sudah Pasti. Ada yang bertanya apa sangatlah diceritakan tentang mati. Ada apa dengan sebuah kematian? Sekadar cerita-cerita menakutkan, cerita-cerita menggerunkan, kisah sedih sebuah perpisahan atau mungkin sebuah cerita menyekat pembangunan? Ingat!!!.. dengan mengingati akan kematianlah sebenarnya seseorang akan menjadi manusia amanah, akan menjadi manusia yang cemerlang gemilang dan terbilang bukan temberang.

Dengan mengingati matilah sebuah negara akan membangun pesat dan makmur. Seorang guru tidak akan meninggalkan kelasnya. kerana dirinya tahu setiap detik dan ketika akan dipersoalkan oleh Allah di sana. Seorang polis tidak akan mengambil rasuah kerana keyakinan akan disoal oleh Allah disaat kematiannya. Seorang menteri mahupun Perdana Menteri tidak akan berbohong kepada rakyat andai benarlah mengingati sebuah kematian. Siapapun kita, pasti akan berhadapan dengan persoalan demi persoalan di hadapan Allah di saat kematian nanti. Sesungguhnya!!!... dengan mengingati mati kita tidak perlu diawasi.


Cerita MATI Yang Sudah Pasti, masuk pula cerita yang tak ingat mati. Yang tak ingat mati!!! Siapa tu ada ke? Mereka yang kehulu kehilir berkepit tanpa mengenali kalimah 'mahram' tanpa rasa silu dan malu, mereka yang melakukan maksiat, mereka yang tidak mengira halal dan haram, mereka yang berpakaian tapi telanjang di jalanan. Ingat matikah mereka itu?.

Atau mungkin kadangkala kita sendiri terlupa akan kematian? Terlena dengan buaian duniawi yang menyapa, terleka dengan lambaian television dari sinetron ke sinetron dari Indonesia ke Thailand, Filipina dan berakhir nun jauh di Mexico, hinggakan solat tidak keruan. Antara fantasia dan realiti... Ingat matikah kita?

Cerita MATI Yang Sudah Pasti. Argh.. bercakap soal tak ingat mati ni tak akan habis. Ya, lambaian dunia terlalu manis. Kalau tidak masakan ramai yang kecundang di penghujung usia. Renung-renunglah pada sirah, banyak terdapat kisah-kisah, moga hati rasa terkesan dan akan matilah dalam iman. Amin.

"Kematian bukanlah penamat sebuah kehidupan, kerana alam yang terbentang seterusnya adalah pentas yang akan menayangkan semula lakonan hidup kita "

Saturday 26 March 2011

dosa menfitnah

dosa menfitnah
Rupanya ada lagi antara kita yang menaburkan fitnah. Kita ini orang Islam, kuat beramal dan beribadat kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Tetapi ada juga yang tidak endahkan tentang betapa besarnya dosa menyebar fitnah. Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-
Fitnah

An-Nur : 19"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Fitnah

Al-Isra'a : 36"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Fitnah

Al-Baqarah : 191"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

Fitnah

An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Khutbah Rasul Allah di Mekah23 / 2 / 632"Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah."

Dari Imam Ghazali"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"Dari R. Muslim"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Cakap benar

Pepatah arab:"Wa ma a'layna illal balagh"---->>>Tiada beban bagi kita melain untuk bercakap benar.

Ihsan

Al- Maidah : 1Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu.

Pembohong

Al-Imran:Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

As-Shaf : 2-3Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan.

Friday 25 March 2011

lawan tetap lawan......

 


sesungguhnya allah akan bersama-sama org yg sabar.... didalam perjuangan dan landasan yg benar bemacam-macam ujian yg kita perlu lalui sebelum kita dapat mengecapi kemanisan dalam perjuangan.... bermacam fitnah demi fitnah, tuduhan  demi tuduhan, kritikan demi kritikan, tohmahan demi tohmahan itulah lumrah dalam perjuangan... cuba kita lihat bagaimana sejarah nabi dalam dakwah nya...baginda di ejek, di khianati dan bermacam2 lg... dan akhirnya islam berjaya menguasai dunia pada ketika dahulu...perjuangan tak semudah yang kita fikirkan... apa shja boleh berlaku... ayuh,,, bangkit lah dari tidurmu yg nyenyak itu,, buka lah mata mu... fikirlah secara rasional apa yang berlaku....hanya rakyat shj dpt mengubah dan menyelamatkan malaysia yg kita cintai ini....LAWAN TETAP LAWAN...

Thursday 24 March 2011

Bila Dendam Tidak Dapat Sembunyikan…

Dari Malaysiakini

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.
‘Tak boleh baca’

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca’, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,’ katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay – seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”. Continue reading ‘Bila Dendam Tidak Dapat Sembunyikan…’

Jauhilah Perbuatan Syirik....

Riwayat: Riwayat Muslim
Kategori: Akidah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.
Huraian Hadith:
i) Antara unsur syirik yang sering berlegar dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini ialah keramat, perdukunan dan bertenung nasib.
ii) Bagi seseorang dukun dan tukang ramal kebiasaannya mereka mengaku tahu tentang perkara-perkara yang tersembunyi atau bersifat ghaib sehingga banyak memberitahu tentang kejadian masa lalu kepada orang yang datang kepadanya menerusi jampinya. Sedangkan hal yang diperkatakan itu berada dalam persangkaan dan ramalan yang samar atau sekadar meneka semata-mata di mana menaruh kepercayaan seratus peratus padanya hukumnya adalah berdosa besar di sisi Islam.
iii) Seharusnya sebagai seorang mukmin, kita wajib percaya sepenuhnya terhadap Rukun Iman dan Rukun Islam yang menuntut agar tidak meletakkan sesuatu yang selain daripada Allah S.W.T sebagai tempat bergantung sebaliknya hendaklah memperbanyakkan usaha dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar memperkenankan segala apa yang dihajati atau mengelak dari segala kecelakaan yang mendatang.
Hits : 88

Wednesday 23 March 2011

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS
sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih
pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti
pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam
melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu
pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan
Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi
Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini
meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.
Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos
1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah
persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya
diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit
permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang
menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan
sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai
pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa
gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan
Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu
melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal
ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh
mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang
dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis
Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan
daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau
bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran
penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada
politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media
massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti
nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul
Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff,
Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama
dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk
membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum
Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika
itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu
ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran
judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sejarah PAS
Jabatan Arkib PAS Pusat Page 2
Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah
mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih
tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan
PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto
yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut
persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS
menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan
demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk
oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan
kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga
menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk
beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin
Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan
yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi
dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin
al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan
sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam
1
 Hal ini .
tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah
Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”
2
  .
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu
dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul
Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS
memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi
perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di
Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di
Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam
konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk
memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik
seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik,
keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS
untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam
dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan
 
1
 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2
 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos. Sejarah PAS
Jabatan Arkib PAS Pusat Page 3
sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa
yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa
siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan
kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas
tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS
semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan
Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan
menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk
Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan
Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS
sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di
sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan
PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh
politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada
1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS
bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa
berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis
kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982.
Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd
Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS
kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan
terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui
pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan
non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan
PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank
Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang
berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat
Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada
November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula
menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung
PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama
politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di
Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik
Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990.
Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya
untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan
Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Sejarah PAS
Jabatan Arkib PAS Pusat Page 4
Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan
Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan
Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk
mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004
kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga
kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar
utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.
Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua
Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias
(1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-
1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk
Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang
menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis
kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri
(1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki
(1982-sekarang)
3
 Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap .
perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap
kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-
sekarang)
4
 Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa .
penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan
fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)
5
 .
 
3
 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4
 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5
 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Kenyataan Akhbar Johari Abdul, MP Sg Petani : Siapa datuk T?

saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.


Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Tuesday 22 March 2011

Menjaga Imej Agama

Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w:Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? 
Huraian Hadith:
1. Akhlak yang mulia merupakan perhiasan diri selain daripada cerminan agama yang dianuti.
2. Islam memerintahkan penganutnya agar sentiasa memperelokkan akhlak mereka dan menjauhi segala sifat-sifat yang buruk sehingga menjadi fitnah pada agama. Contohnya banyak berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini yang menyalahtafsirkan ajaran agama dan melakukan berbagai perbuatan buruk dan zalim yang didakwa dilakukan di atas nama Islam.
3. Allah mengetahui segala yang tersirat di dalam hati manusia. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan segala sesuatu agar tidak menjatuhkan maruah diri, agama dan masyarakat sekeliling.
Hits : 85

Kepentingan Menjaga Solat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. 
Huraian Hadith:
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.
Hits : 132

satu langkah permulaan....

alhamdulilah rabbi alamin wassalamu ala asrafil anbiyai walmursalim wa'ala alihi wasahbihi ajmain amma bargdu......assalamualaikum.... salam sejahtera dan salam bahagia..selepas panjatan puji-pujian  dan syukur ke hadrat allah taala.serta iringan doa kerahmatan dan kesejahteraan keatas junjungan  agung nabi muhammad SAW dan keluarga,maka sy memperelokkan lafaz terima kasih kepada rakan saya mohd safuan yg memberi tunjuk ajar tentang blogger ini...alhamdulilah..dgn adanya blog ini.. maka dpt lh kita menambah sedikit ilmu, maklumat. isi semasa, dan perkembangan terkini yg dapat kita kongsi kan bersama....insyaallah...semoga kita beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat,,, amin....